Thursday, November 13, 2014

Kembali

Menyelak kembali halaman ini. Ternyata ketidakmatangan aku suatu ketika dulu buat aku percaya, bahagian hidup aku hari ini datang dari daerah itu.Buat aku tergelak kecil. Aku dapat lihat sisi kedegilan aku.Juga kegilaan mahu meluah apa sahaja. Dan tak lupa kenaifan mengharungi kehidupan buat aku menerima balasan kebodohan.
 
Kalaulah waktu dapat di undur kembali.
 
Ulangtahun baru berlalu. Bagi sesetengah mereka, ia sekadar angka. Tapi bagi aku, ia tanda kegagalan aku meraih apa-apa. Untuk diri sendiri mahupun yang tercinta. Jujurnya manusia seperti aku sepatutnya sudah merasa bahagia dengan cara tersendiri. Aku pula? Masih menangisi kesedihan semalam. Dan menanti harapan yang tak pasti.
 
Phatetic.
 
Sakit ketika menulis ini. Sepertinya aku merumus hidup sendiri. Tak mengapa, biar aku hadap kebenaran ini. Jika bukan aku, siapa lagi?
 
IM: Persoalan yang tiada jawapan, barangkali.
 

Tuesday, July 24, 2012

Rezeki melimpah ruah

5 Rahsia rezeki tak akan putus dan sentiasa mencukupi

1 - Istighfar dan bertaubat (menginsafi kesalahan lalu)

2 - Sentiasa syukur dengan apa yang ada

3 - Sentiasa bersedekah walaupun sedikit (amalkan setiap hari)

4 - Jangan mengungkit pemberian atau pertolongan lalu

5 - Start your very own business.Kerana dengan berniaga itu kita sudah pun membuka pintu
rezeki untuk orang lain

Pinjamkan aku sedikit ketenangan

dah berapa hari aku berada dalam dunia yang lain..perit..pedih..tapi aku ada teman2,keluarga serta si dia yang ada di samping aku..walaupun mereka2 ini tak pernah tahu apa sebenarnya yang aku lalui..mereka tak perlu tahu..bukan sebab mereka tak berhak.tapi aku tak mahu mereka kecewa dengan diri aku..

ya,sungguh aku kecewa..bukan kerana aku menyesal dengan apa yang aku dah lalui..aku cuma menyesal sebab dah salah buat pilihan..dan juga kenapa hati aku masih sakit dan perih..mungkin sebab that thing happened just recently,tapi aku sangat pilu..ya,aku tak tunjuk dengan menangis atau merintih..tapi aku rasa seolah2 aku hidup kerana nyawa masih ada..tapi jiwa?entah ke mana..

Friday, July 20, 2012

Hijrah Ramadhan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Entah kenapa,ramadhan kali ni rasa dekat sgt..dah setahun berlalu..dan alhamdulillah,Allah bagi petunjuk yg sgt jelas utk aku..perpisahan yg aku tak jgka tapi boleh rasa..aku bersyukur sbb jwpn yg aku tggu2 slma ni aku dah temui..aku da berada di jln yg slh 3 tahun ni..aku mhrgai permata yg nmpk mcm kaca smpai aku terluka teruk..tapi syukur sbb aku smpt bangun..semuanya anugerah Dia..aku syukur sgt hidayah yg Dia bg kali ni..n ianya betul2 berlaku sehari sebelum Ramadhan..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..jadi kali ni aku bertekad utk menjalani Ramadhan sebaik mungkin..aku janji aku takkan menangis lagi..syukran Ya Allah..

Thursday, June 7, 2012

Nekad

Yang terbina sekian lama itu sebenarnya tidak perlukan sebab waima sedikitpun untuk runtuh..
Mahu di lepaskan pergi tak mampu..
Mahu di simpan hati asyik menjeruk rasa..