Thursday, November 13, 2014

Kembali

Menyelak kembali halaman ini. Ternyata ketidakmatangan aku suatu ketika dulu buat aku percaya, bahagian hidup aku hari ini datang dari daerah itu.Buat aku tergelak kecil. Aku dapat lihat sisi kedegilan aku.Juga kegilaan mahu meluah apa sahaja. Dan tak lupa kenaifan mengharungi kehidupan buat aku menerima balasan kebodohan.
 
Kalaulah waktu dapat di undur kembali.
 
Ulangtahun baru berlalu. Bagi sesetengah mereka, ia sekadar angka. Tapi bagi aku, ia tanda kegagalan aku meraih apa-apa. Untuk diri sendiri mahupun yang tercinta. Jujurnya manusia seperti aku sepatutnya sudah merasa bahagia dengan cara tersendiri. Aku pula? Masih menangisi kesedihan semalam. Dan menanti harapan yang tak pasti.
 
Phatetic.
 
Sakit ketika menulis ini. Sepertinya aku merumus hidup sendiri. Tak mengapa, biar aku hadap kebenaran ini. Jika bukan aku, siapa lagi?
 
IM: Persoalan yang tiada jawapan, barangkali.
 

No comments:

Post a Comment